Soalan Lazim: Manuskrip

manuskrip

 

Bagaimana saya menerbitkan karya bersama Iman Publications?

Iman Publications mengalu-alukan manuskrip baru dari para penulis, idea yang segar dari penulis baru mahupun karya mapan dari penulis berpengalaman. Hantarkan kepada kami:

  1. Tajuk buku
  2. Sinopsis buku
  3. Isi kandungan (jika berkaitan)
  4. Beberapa bab contoh (dua atau tiga bab sudah memadai)
  5. Mengapa anda rasa karya anda wajar diterbitkan
  6. Sasaran pembaca

Hantarkan manuskrip anda ke email admin@imanpublication.com atau boleh poskan ke alamat kami: 16-2, Jalan Dagang SB 4/2, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

 

Adakah apa-apa format manuskrip yang perlu saya patuhi?

Pihak kami sangat menganjurkan agar format manuskrip dihantar berdasarkan format berikut:

a) Muka surat pertama: Butiran berkenaan penulis – Nama, alamat, nombor telefon, alamat email, website/blog jika ada

b) Font Times New Roman, saiz 12, spacing 1.5

c) Justified

d) Bermuka surat

 

Genre apakah yang menjadi pilihan Iman Publications?

Kami mengalu-alukan apa sahaja genre manuskrip yang segar, original dan mempunyai mesej universal yang hendak disampaikan kepada masyarakat. Kami menggalakkan para penulis untuk buat ‘market research’, lihat buku-buku yang ada di pasaran terutama yang mempunyai tema yang sama dengan manuskrip anda. Cari dan bina kelebihan manuskrip anda berbanding buku-buku yang sedia ada di pasaran. Semakin banyak kajian yang anda lakukan untuk mansukrip anda, semakin tinggi peluang untuk ia diterbitkan, insyaAllah 😉

Buat masa ini kami tidak menerima genre puisi dan cerpen.

 

Saya sudah menghantar manuskrip, namun belum mendapat maklum balas dari pihak Iman Publications?

Pihak kami memerlukan masa untuk menilai manuskrip anda yang hebat itu 😉 Kami akan membuat proses penilaian dalam masa 1-2 bulan, sekiranya tiada maklum balas dalam masa 3 bulan, anda boleh menghantar email susulan ke admin@imanpublication.com.

Sekiranya kami mendapati manuskrip anda berpotensi untuk diterbitkan, kami akan menghubungi anda melalui email dan/atau panggilan telefon untuk perbincangan lanjut, insyaAllah.

 

Bagaimana kadar royalti yang diberikan kepada penulis?

Kadar royalti standard yang kami berikan adalah seperti berikut:

a) 7% daripada harga runcit bagi Semenanjung Malaysia bagi 5 000 naskhah pertama karya yang terjual

b) 10% daripada harga runcit bagi Semenanjung Malaysia bagi 5 001-10 000 naskhah karya yang terjual

c) 11% daripada harga runcit bagi Semenanjung Malaysia bagi 10 001 naskhah ke atas karya yang terjual

Sebarang pindaan terhadap kadar di atas adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan bertulis antara penulis dan Iman Publications.

 

Selamat menulis dengan berani!

 

SILA BERTENANG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s