Mudahnya Menulis

Mudahnya Menulis

Mudahnya Menulis

Penulis: Umi Kalthum Ngah

Harga: RM15

Link Pembelian: http://bit.ly/mudahnyamenulis

 

“Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.” (Al-Qalam:1)

Bidang penulisan biasanya dikaitkan dengan beberapa mitos seperti perlunya ada bakat, boleh menulis dengan baik, cekap menguasai bahasa dan hanya untuk mereka di aliran sastera. Tanggapan-tanggapan ini menjauhkan sebahagian kita dari dunia ini walaupun kita ada keinginan untuk menjadi penulis – apatah lagi apabila dihantui oleh cabaran – kekeringan idea, hasil penulisan dikritik hebat, dan terlalu sibuk dengan urusan seharian.

Buku Mudahnya Menulis tulisan Dr. Umi Kalthum Ngah, seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia bidang sains dan kejuruteraan bisa mengubah persepsi itu. Menulis rupanya sangat mudah! Gaya penulisan beliau yang bersahaja dengan pelbagai tips dan perkongsian akan membuatkan kita tidak sabar memulakan kembara penulisan sendiri.

Bermula dengan persoalan bagaimana mendapat ilham untuk menulis, Dr. Umi Kalthum membawa pembaca memperbetulkan pemikiran mengenai salah tanggap bidang penulisan. Kemudian tujuan menulis, langkah-langkah menghasilkan penulisan, gaya penulisan, ciri-ciri karya hebat, persiapan psikologi jiwa dalam penulisan dan motivasi untuk terus menerus menulis.

Menulis sangat banyak manfaat antaranya “medan dakwah”, pahala berganda, satu terapi, perkongsian pengalaman dan banyak lagi.

Ayuh mulakan kembara penulisan kita dengan mendapatkan buku ini!

Advertisements

Kerana Manisnya Ukhuwah

KMU-front-cover-new

 Kerana Manisnya Ukhuwah

Penulis: Wan Nadzipah Maharah

Harga: RM18

Link Pembelian: http://bit.ly/manisukhuwah

Ukhuwah sangat sinonim dengan perkataan kasih sayang dan cinta. Ia mampu menggerakkan kita untuk saling membantu, menasihati, memperingati, bertolak ansur dan bermaafan sesama saudara semuslim dengan rela tanpa paksaan! Luar biasa bukan?

 

Buku tulisan anak muda, Wan Nadzipah Maharah ini mampu membuatkan hati pembaca berbunga-bunga bahagia kerana diizinkan Allah swt. merasai kemanisan nikmat ukhuwah. Gaya penulisan beliau tentang ukhuwah sangat mudah untuk difahami dan dipraktikkan oleh kita.

 

“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga beramai-ramai” (Az-Zumar:73)

 

Bermula dengan memperkenalkan makna sebenar ukhuwah, buku ini juga membawa pembaca merasakan pentingnya ukhuwah dalam kita menelusuri kehidupan di dunia yang penuh cabaran, fitrah atau sunnatullah pahit manis sebuah ukhuwah, kisah-kisah sirah tentang ukhuwah yang boleh diambil pengajaran, peringkat-peringkat ukhuwah, perkongsian pengalaman dan tips bila berhadapan virus-virus ukhuwah serta ke mana akhirnya ukhuwah mampu membawa kita?

 

Nikmat ukhuwah ini adalah hadiah daripada Allah swt. buat kita yang bergelar muslim. Jadi seharusnya ia dimanfaatkan dengan niat untuk menggapai redha Allah. Kerana Manisnya Ukhuwah, semoga membuat kita semua berpimpin tangan menuju syurgaNya.

 

Untuk maklumat lanjut, layari web kami: www.imanpublication.com

Kick Start Tarbiah Dzatiyah

Tarbiah Dzatiah cover

 Kick Start Tarbiah Dzatiah

Penulis: Musyirah Zulkarnain

Harga: RM15

Link Pembelian: http://bit.ly/tdzatiyah

Dalam kisah para sahabat as-sabiquun al-awwalun (generasi terdahulu) itu tersimpan satu hikmah, yang cuba kita rungkaikan rahsianya dalam buku Kickstart Tarbiah Dzatiah ini.

 

Abu Bakar as-Siddiq, sekiranya ditimbang imannya pasti lebih berat dari iman umat Islam secara keseluruhan.

Umar al-Khattab, daripada seorang penentang Islam yang tegar menjadi pejuang Islam yang digeruni bahkan oleh syaitan!

Abu Hurairah yang begitu sinonim dengan periwayatan banyak sekali hadis, sedangkan ramai para sahabat lain lebih dahulu masuk Islam daripadanya dan lebih lama bersama dengan Rasulullah?

 

Setiap sahabat berjaya membentuk diri menjadi seorang Muslim yang sejati, dengan masing-masing mempunyai ciri dan personaliti tersendiri. Bagaimana ini mungkin terjadi, sedang mereka mempunyai murabbi/guru yang sama yakni Rasulullah S.A.W? Bukankah ‘isi kandungan’ yang mereka terima juga sama – yakni al-Qur’an dan pengajaran terus daripada Nabi? Barangkali jawapannya terletak pada bagaimana setiap seorang daripada mereka membina diri mereka sendiri secara konsisten dan berterusan, dengan mengoptimumkan setiap potensi yang mereka ada – sejauhmana para sahabat memberikan komitmen kepada pembaikan diri sendiri, satu proses yang dinamakan Tarbiah Dzatiah.

Buku Kickstart Tarbiah Dzatiah ini akan menerangkan kepada anda definisi dan apa perlunya Tarbiah Dzatiah, seterusnya memberikan tips-tips praktikal dalam melaksanakan proses pembaikan diri ini. Sesungguhnya konsep Tarbiyah Dzatiah ini meyakinkan kita bahawa tarbiah itu sepatutnya bukan melahirkan satu generasi yang seakan difotostat – sama sahaja karakter dan serba-serbinya, tetapi satu generasi yang penuh warna warni dan bersinergi potensinya!

“Ramai orang yang berbicara tentang Tarbiah Dzatiah namun tidak memahami apa sebenarnya Tarbiah Dzatiah. Buku ini berjaya menjelaskan apa itu Tarbiah Dzatiah dengan bahasa yang mudah dengan penjelasan yang begitu baik. Jika anda minta saya untuk simpulkna buku ini dengan tiga patah perkataan, ini kata saya;

Ini… Ini.. Sungguh padu!”

Inche Gabbana, Blogger Tetap, pemilik Blog Angel Pakai Gucci

 “Penulis berjaya menyusun setiap isi secara ringkas namun memberi kesan mendalam kepada hati. Peringatan, motivasi serta dalil-dalil yang disandarkan ibarat mutiara ilmu yang menyegarkan jiwa sekaligus memberi inspirasi untuk terus istiqamah berjuang dalam apa jua keadaan. Ternyata ketika mengharungi detik berseorangan, Tarbiah Dzatiah ialah titik kekuatan hubungan manusia dengan Allah S.W.T.”

Auni Nur Fatin M. Zainal, Penulis dan Blogger

 “Sungguh, buku ini cukup bermakna untuk perbaharui komitmen kita dalam menghadapi pelbagai krisis, termasuklah krisis identiti. Tarbiah Dzatiah dapat memanduk kita memperbaiki kualiti diri, juga mengibarkan semangat untuk peduli kepada diri sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi yang ingin peduli?”

Muna Majidah Zameran, Kumpulan Penulis Pelangi Dakwah

Untuk maklumat lanjut, layari web kami: www.imanpublication.com

KENAPA ‘DENYUT NADI DAKWAH’?

10369878_10203730002912682_1638528777105083228_n

Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas saya berkesempatan untuk ‘travel’ ke Kota Bharu, Kelantan untuk memenuhi jemputan walimah ukhtis yang saya kasihi keranaNya. Salah satu perkara yang saya suka ketika ber’travel’ (terutama apabila naik kapal terbang) adalah mempunyai kesempatan untuk membaca buku.

Dan subhanaAllah, sehari sebelum ‘flight’ saya ke KB, buku ‘Denyut Nadi Dakwah’ sudah siap dicetak dan dihantar ke stor kami. Apa lagi, saya pun mengambil kesempatan untuk membaca buku yang dinanti-nantikan ini.

Secara jujurnya, buku ini agak ‘berat’ terutama kepada para Da’ie yang baru sahaja berjinak dalam medan dakwah. Tapi percayalah buku ini sangat penting untuk dibaca. Ya, sangat penting! Kenapa? Saya bagikan 5 Sebab:

1)   Buku Asas Seorang Da’ie

Kartun Kak Una

Bangunlah wahai para Da’ie! Dunia kita kini diselubungi oleh kegelapan jahiliah! Keruntuhan akhlak dan moral berlaku secara terang-terangan. Kezaliman dan penindasan ke atas golongan yang lemah. Al-Quran telah disingkirkan daripada kerusi kehakiman. Syariat Allah telah hilang daripada sistem kehidupan.

Ya, inilah realitinya!

Tiada jalan selamat bagi umat manusia yang hingar bingar dalam kesesatan kecuali dakwah. Sebagaimana Rasulullah S.A.W telah berjaya menyelamatkan umat yang sesat di masa lalu dengan dakwah, demikianlah umat kini hanya dapat diselamatkan dengan dakwah.

Buku Denyut Nadi Dakwah ini menfokuskan perbincangan mengenai persiapan dan ciri-ciri yang wajib dimiliki oleh para pendakwah seperti kita supaya kita dapat selamatkan umat manusia yang hingar bingar dalam kesesatan itu.

2)   Membawakan Contoh Kisah Kehidupan yang Sebenar

advice_sp_fotolia_41399639_xs_200x158

Setiap topik yang di dalam buku ini dikupas dengan sangat jelas berpandukan Al-Quran dan as-Sunnah. Bukan setakat itu sahaja, bahkan ia selari dengan contoh realiti daripada pengalaman-pengalaman daripada sirah nabi, para sahabat dan angkatan du’at sepanjang zaman. Supaya apabila kita baca buku ini, kita boleh lihat kaitannya dengan realiti sekarang dan aplikasikannya dalam dakwah kita.

3)   Sebuah Himpunan Ilmu dan Hikmah untuk Para Da’ie

10394498_464506590319424_868935731100341778_n

Penulis Sheikh Majdi Al-Hilali menyatakan,

“Di dalam buku ini kami akan cuba membentangkan beberapa perkara yang menjadi tunjang dalam dakwah, semoga Allah menjadikan kita seorang yang berkelayakan untuk memikulnya.”

Buku ini membincangkan tentang 9 rukun daripada 10 Rukun Baiah kerana inilah fokus tarbiah rabbaniah kepada generasi pertama dan inilah menjadi tunjang dakwah sepanjang zaman.

4)   Menggabungkan Aspek Teori & Praktikal

theory-or-practice

Kita sedar bahawa dunia sekarang ini diselungi dengan jahiliah yang mengganas dan kita yakin bahawa dakwah itu adalah gerakan penyelamatnya.

Tapi dakwah itu bukanlah sesuatu yang magik atau boleh menang dengan sendirinya. Ia mesti didukung oleh para Da’ie seperti kita semua yang bukan sahaja memiliki ciri-ciri yang tertentu bahkan menguasai ilmu-ilmu dan kaedah-kaedah serta pendekatan yang berkesan dalam berdakwah.

5)   Penyelesaian untuk Masalah Umat Manusia Masa Kini

islamic man

Sedar atau tidak, musuh-musuh Islam sangat bekerja keras untuk menjatuhkan Islam dan mencucuk hati masyarakat kita dengan jahiliah-jahilah yang telus.

Jadi maknanya apa?

Kita sebagai Da’ie kena 2 kali ganda bekerja keras lagi daripada musuh-musuh Islam!

Amaran: Buku ini tidaklah memberi penyelesaian yang muktamad kepada masalah umat masa kini akan tetapi ia haruslah dibaca dan dihadam kerana buku ini terdapat formula-formula bagi melahirkan para du’at yang mantap dalam menyerbarkan Islam.

Tunggu apa lagi? Selamat membaca buku Denyut Nadi Dakwah 🙂

Wallahualam,

Kad Arinah (1)

Her passions are da’wah, business, travel & photography.  Connect her through Facebook,Twitter, LinkedInPinterest, or Youtube.

 

Artikel asal dari http://imangroupconsultancy.wordpress.com/2014/06/12/kenapa-denyut-nadi-dakwah/

Sinopsis: Ke Mana Kita Menyeru Manusia?

KMKMM-cover3

Ke Mana Kita Menyeru Manusia?

Harga: RM10

Penulis: As-Syahid Hasan Al-Banna

Link pembelian: http://bit.ly/kemanamenyeru

Buku ini menyentuh tentang tanggungjawab kita sebagai manusia yang Allah telah perintahkan untuk membimbing seluruh manusia ke arah kebenaran dengan berpegang teguh kepada Al-Qur’an & Sunnah.

Kupasan yang dilakukan oleh as-syahid Imam Hasan Al-Banna adalah berdasarkan pengalaman gerakan Ikhwanul Muslimin yang berjaya mengubah sosial masyarakat di Mesir. Gerakan yang mempunyai hala tuju dakwah yang boleh dicontohi oleh gerakan-gerakan Islam hari ini.

Jelas, perkara utama yang harus difahami adalah ke mana kita menyeru manusia?

Formulanya ada di dalam buku ini.

Penjelasan yang yang diberikan mudah dan jelas. Bermula dengan menyentuh sifat yang perlu ada bagi seorang penyeru/du’at sehinggalah kepada kejayaan kepada seruan yang dilakukan. Sunnatullah, jalan yang bakal dilalui memang jauh dan ada mehnahnya, tetapi pertolongan Allah itu sangat dekat. Disebabkan itu, seorang penyeru perlu ada ilmu dan kefahaman bagi melaksanakan amanah Allah ini. Amanah besar yang kita warisi daripada para anbiya’.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada para penyeru/du’at di luar sana. Allahuakbar.

 

Untuk maklumat lanjut, layari web kami: www.imanpublication.com

Let’s BeB – Bedah Buku Sayonara Jahiliyah

BeB-1

 

Assalamualaikum wbt,

Semoga semua para pembaca berada dalam iman yang subur dan produktiviti yang barakah di bulan yang indah ini.

Buat julung-julung kalinya Iman Publications membawakan kepada anda projek terbaru kami,

✰✰✰ LET’S BeB! ✰✰✰

✒ Mencari majlis ilmu bagi mengisi Ramadhan anda di hujung minggu ini?
✒ Ingin berdiskusi bersama penulis all time best-seller kami, Sayonara Jahiliah?
✒ Mencari kekuatan untuk membuang ‘jahiliah’ anda di bulan barakah ini?

Mari bersama kami di Let’s BeB – Bedah Buku Sayonara Jahiliah!
Oleh Muharikah

Tarikh: 6 Julai 2014 (Ahad)
Masa: 8.30-10.00 pagi
Tempat: Dewan Utama Pustaka Darul Iman, Setapak.

Anjuran bersama Iman Publications dan IKRAM Belia Setiawangsa.

InsyaAllah Let’s BeB ini akan menjadi program berkala oleh Iman Publications, dan kami akan bawakan kepada anda penulis buku dan juga tokoh terpilih yang akan mengupas isi-isi buku terbitan Iman Publications. Jika anda sudah pun membeli dan membaca buku pilihan Let’s BeB kali ini, inilah peluang untuk kita sama-sama berdiskusi dan saling melontarkan pandangan berkenaan buku tersebut. Dan jika anda belum lagi membacanya, inilah jalan terbaik untuk anda mendapat gambaran berkenaan isi kandungan buku tersebut dan berpeluang untuk membelinya terus dengan potongan harga istimewa insyaAllah.

Mengujakan bukan? Kami juga tidak sabar menantikan Let’s BeB sulung ini. Masuk adalah percuma, jumpa anda di sana ya!

Untuk maklumat terkini, rujuk FB event Let’s BeB Sayonara Jahiliah https://www.facebook.com/events/314004415429032/