Sinopsis Buku

DND2

Denyut Nadi Dakwah

Harga : RM25

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

Sinopsis : 

Buku Denyut Nadi Dakwah merupakan versi terjemahan buku Rakaiz Dakwah. Buku ini menerangkan tentang 9 rukun daripada 10 Rukun Baiah, bermula dari ikhlas, amal, thiqah, taat, ukhuwah, tajarrud, pergorbanan, jihad dan tsabat.

Buku ini ibarat sebuah himpunan khazanah ilmu dan hikmah dalam melahirkan para du’at yang secara serius menginfakkan diri dalam jalan dakwah. Kupasan yang dilakukan berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah kemudian diperkuatkan lagi dengan pengalaman-pengalaman daripada sirah nabi, para sahabat dan angkatan du’at sepanjang zaman, mampu mencetus satu tolakan bagu mengamalkan setiap teori yang telah sedia ada dalam diri para du’at.

Buku ini harus dibaca dan dihadam oleh para du’at kerana di sini terdapat formula-formula bagi melahirkan du’at yang mantap dalam menyebarkan Islam. Semoga buku ini bermanfaat buat para pembaca yang bakal merubah dunia menuju Allah S.W.T.

══════════════════════════════════════════════════════

RHK13

Reformasi Hati Kita

Penulis : Syeraho

Harga : RM 12.00

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

Sinopsis:

Buku ini ditulis serta disusun dengan baik setiap isi kandungannya agar proses serta usaha dalam membentuk sebuah hati dalam mencari keredhaan Allah menjadi lebih jelas dan bermakna. Ia memberi suatu tips serta perkongsian pengalaman yang praktikal yang dapat diaplikasikan dengan mudah dalam kehidupan seharian kita.

“Cuba kita tuangkan air pada cawan yang diterbalikkan. Adakah air itu akan masuk?”

Tidak. Sedikit pun tidak.

Tetapi apabil kita kembalikan cawan ke posisi yang betul, sudah tentu air yang dituang akan masuk ke dalam cawan itu.

“Inilah hasil, bagi mereka yang membuka hati mereka, dan kemudian berfikir sesuatu dengan lebih terbuka. Hasilnya, mereka berubah ke arah-Nya.”

Hati yang dibentuk berpandukan ajaran daripada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W mampu melahirkan individu yang sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah, lalu bahagialah si pemilik hati di dunia dan akhirat.

“Tidak sedikit pun kita rugi apabila kita memandang apa jua nasihat yang diberi sebagai sesuatu yang positif. Hakikatnya, ia sebenarnya teguran daripada Allah jua, yang disampaikan melalui insan lain.”

Apabila buku ini dibaca, suatu keyakinan akan muncul untuk berazam dan terus istiqamah dalam usaha mendapatkan hati yang memiliki kedudukan yang baik di sisi Allah, serta banyak lagi perkongsian menarik yang terdapat dalam buku ini. Semoga ia bermanfaat buat anda.

Dapatkan segera, klik sini: http://bit.ly/order_ReformasiHati

══════════════════════════════════════════════════════

champak-front

Champak

Penulis : Kumpulan Penulis Champak

Harga : RM 15.00

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

 Sinopsis :

Buku ini telah merakam bait kata-kata para penulis tentang apa yang dirasai tatkala menjalani kehidupan seharian mereka. Mereka menghayati, kemudian suatu rasa hadir dalam sanubari, lalu membawa mereka mencoret rasa agar diketahui oleh ramai orang dan semoga ia mampu membawa para pembaca semakin akrab dengan Sang Pencipta kehidupan.

” Jika ditanya mana hati menyusup pergi,

jawapannya di sini,

dengan mengeja aksaranya setiap satu,

kau sedang membaca aku.”

══════════════════════════════════════════════════════

SJ FRONT

Sayonara Jahiliah

Penulis : Muharikah

Harga : RM 10.00

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

 Sinopsis :

Buku Sayonara Jahiliah atau turut membawa maksud Selamat Tinggal Jahiliah, akan memberi pengetahuan serta pandangan yang lebih meluas tentang jahiliah. Ia akan memberi pendedahan dari sudut makna jahiliah, ayat-ayat al-Quran serta hadis yang menceritakan tentang jahiliah, akibat atau kesan jahiliah, kaedah untuk meninggalkan jahiliah serta banyak lagi perkongsian yang menarik yang akan menjadikan anda seorang individu yang tidak akan tertewas dengan jahiliah.

Penulisan yang mudah difahami serta perkongsian pengalaman individu-individu yang diuji oleh  Allah dalam kehidupan mereka yang dapat kita ambil pengajaran, turut menjadikan penulisannya menjadi lebih menarik dan mampu meningkatkan ‘hamasah’ atau semangat untuk tidak tertewas dengan jahiliyah. Selamat membaca dan berjuang agar tidak tertewas.

══════════════════════════════════════════════════════

pd-front3

Pelangi Dakwah

Harga : RM18

Terbitan : Iman Publications

Status: Available

Sinopsis :

Ramai orang kenal Superman, Batman, Spiderman, Ironman, Ultraman dan banyak lagi man-man yang lain. Namun, kisah dan pengalaman mereka hanya sekadar rekaan yang tidak mungkin akan dapat dijadikan teladan. Kata orang pengalaman merupakan guru terbaik dalam sebuah kehidupan, maka pengalaman dikongsi bukan untuk mencari nama tetapi sebagai batu loncatan untuk menjadi yang terbaik di sisi Tuhan.

            Pengalaman yang indah tatkala disapa hidayah Allah;

“Akhirnya, adik itu merangkak sendiri mencari jalan ke arah Islam dan iman.Betapa indahnya saat dia disambut penuh kehangatan cinta dan kasih sayang oleh teman baiknya dan kakak-kakak yang tidak pernah jemu mengajaknya sebelum ini. Apabila dia menyangka tidak ada lagi ruang untuknya, rupanya terbuka luas sebuah rentang kehidupan baru yang terlalu indah dan penuh kemanisan.Itulah kehidupan tarbiah.”

 “Semakin saya baca al-Quran, semakin saya faham tentang setiap apa yang ada di sekeliling.Tentang perjalanan hidup.Tentang kehidupan abadi selepas mati.Tuhan itu ada.Dan hidup saya lebih bermakna sekarang.Alangkah baiknya, jika saya memeluk Islam lebih awal lagi.”

Pengalaman yang perit tatkala difitnah;

“Kami juga sering kali dilabelkan sebagai kurang bersosial. Jarang bersama masyarakat.Sedih.Padahal kami bukanlah seperti yang diperkatakan. Mungkin sahaja kerana kami sering kali meluangkan masa dengan usrah dan program-program tarbiah yang lain. Namun ini merupakan satu peringatan buat kami agar selalu berusaha mendekati masyarakat., Yang pasti, kami tidak mahu menjadi fitnah untuk dakwah.”

“Penggerak kegiatan subversif yang mahu menjatuhkan kerajaan! Usaha bawah tanah menghasut pelajar supaya mengkafirkan pemerintah! Ajaran sesat yang kerap berbincang senyap-senyap dalam gelap malam!”

Semoga pengalaman mereka dalam dakwah dan tarbiah lebih menguatkan setiap langkah dan semakin yakin dengan janji Allah.

“Apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah, pastinya jalan keluar menanti di balik setiap rintangan. Allah tidak mahu memberi beban, tetapi ingin mengajar erti sebuah perubahan.

══════════════════════════════════════════════════════

3 Formula

3 Formula Pengubah Manusia

Harga : RM4

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

Sinopsis :

 Al-Quran telah berjaya melahirkan para sahabat hebat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Ali Karamallahuwajhah, Saidatina Khadijah, Saidatina Aishah, Zaid bin Harithah, Bilal bin Rabbah dan lain-lain lagi.

Wahyu yang didatangkan melalui Rasulullah S.A.W benar-benar dapat mengubah pemikiran mereka. Malah Saidina Umar R.A yang garang dan keras hati pun boleh berubah menjadi seorang yang penyabar dan lembut hati. Mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah.

Allah ada menyebut tentang satu formula yang telah mengubah ramai manusia menjadi hebat ini. Formula yang  jarang sekali diketahui ramai manusia.

Formula ini adalah:

1)    Tilawah

2)    Ta’lim

3)    Tazkiyah

Ini telah disebutkan di dalam surah al-Baqarah ayat 129 apabila Nabi Ibrahim mendoakan kaumnya:

“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan ( tilawah) kepada mereka ayat-ayat-Mu (firman-Mu) dan mengajarkan (ta’lim)  mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (tazkiyah) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Buku kecil ini membincangkan secara ringkas mengenai 3 formula di atas. Semoga ia dapat memberi kefahaman dan membuahkan amal yang mantap.

══════════════════════════════════════════════════════

Dakwah Fardiah

7 Tahapan Dakwah Fardiah

Harga : RM5

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

Sinopsis : 

Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman di jiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaum Muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum Muslim sebagai kuda tunggangan bagi memerangi Islam; samada mereka sedari atau tidak.

Jangan kita berharap akan terbitnya kesedaran, tindakan, amal mahupun produktiviti yang baik untuk Islam daripada orang seperti ini, sebelum iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Hal ini kerana, iman akan mendorong mereka untuk mengenal Allah dan memahami Islam. Di samping itu, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri menjadi para ‘amilin (golongan yang beramal) yang soleh.

Elok jika diperingatkan di sini bahawa, melalui jalan mengikut tertib dan turutan dalam menaiki tangga menuju martabat para ‘amilin adalah suatu kemestian dan penting. Tidak mengikut tertib dan turutan ini boleh mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lalu mengambil sikap berdiam diri dan duduk berpangku tangan di kalangan mad’u (orang yang diseru). Para ‘amilin harus terus bersabar. Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Baginda menyeru menusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan.  Baginda tetap bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa:

“Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti.”

Di dalam pengertian ini, al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna berkata:

“Jadilah kamu seperti pokok buah-buahan, manusia membalingnya dengan batu tetapi dia menggugurkan buah-buahan kepada mereka.”

══════════════════════════════════════════════════════

18140075

Aku Hamasah As-Syabab

Harga : RM30

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

” Ana suka sangat-sangat sebab banyak karya anta dapat relate dengan diri ana. Banyak yang memang #inmyface. Ana bersyukur diberi peluang untuk membaca karya anta ” – Akhi Ahmad Syafiq Akbar Ali

” Tipulah lkalau baca tak meleleh air mata. Tak semua orang yang baru nak berjalan menuju Tuhan itu jalannya indah. Buku ini sedikir sebanyak bawa permaknaan sebenar nilai manusia, hamba, daie, ummah, tanggungjawab, khilafah dan everything ” – Ukhti Nurul Amalina Zulkifli

” Secara keseluruhannya bagus dan menarik sebab konsepnya santai. Sambil baca, apa part yang sebak. Berubah itu memang payah dan untuk tetap memang perlu mujahadah. Tapi ganjaran syurga itu indah. Semoga dengan pelancaran buku ini akan menyentuh hati-hati yang membacanya dan beroleh manfaat. May Allah bless. Dan semoga kita semua ditetapkan iman ”. – Pendosa

══════════════════════════════════════════════════════

RDM2

Rantaian Doa Mustajab

Penyusun : Siti Khatijah Ibrahim

Harga : RM 2.50

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

 Sinopsis :

Rantaian Doa Mustajab adalah doa-doa yang dikutip daripada al-Quran, iaitu dari suatu mukjizat agung yang diberi kepada Rasulullah S.A.W agar menjadi pedoman buat seluruh manusia sepanjang zaman. Doa-doa di dalam al-Quran adalah begitu dekat dengan Allah kerana ia diajarkan kepada para nabi melalui wahyu, Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Pencipta amat mengetahui setiap keperluan hamba-Nya. Oleh kerana ia diambil terus daripada al-Quran, secara langsung ia terlepas daripada nilai-nilai yang berbau khurafat. Sebuah buku yang lengkap memuatkan doa-doa yang mustajab dan lebih dianjurkan. Ia bersifat praktikal dan berguna sepanjang hidup.

══════════════════════════════════════════════════════

cover-mathurat_pink cover-mathurat_ungu  cover-mathurat_birucover-mathurat_hijau

Al-Ma’thurat

Harga : RM 3.50

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

 Sinopsis :

“Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”

(surah al-A’raf: 205)

Rasulullah S.A.W. sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap zikir dan doa Rasulullah S.A.W. adalah pada waktu pagi dan petang.
Buku Mathurat ini adalah himpunan zikir dan doa yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau menyusun daripada banyak hadis Rasulullah S.A.W. di dalam kitab-kitab sunan yang diamalkan oleh Rasulullah dan kelebihan-kelebihan beramal dengannya lalu menjadikannya bacaan seragam untuk jemaah Ikhwan Muslimin.

Antara kelebihan Ma’thurat adalah:

  • Terpelihara daripada gangguan syaitan daripada pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya.
  • Terpelihara daripada bahaya dan perkara-perkara yang tidak dingini.
  • Segera mendapat apa yang dicita-citanya.
  • Pahala seperti membaca sebahagian besar al-Quran.
  • Keperluannya dicukupkan oleh Allah.
  • Layak mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • dan banyak lagi.

Imam Hasan al-Banna adalah pendakwah, reformis dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulah Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau juga menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam. Bimbang dengan pengaruhnya yang semakin kuat, Hasan al-Banna ditembak mati oleh seorang pembunuh lalu menghembuskan nafas pada 12 Februari 1949.

══════════════════════════════════════════════════════

1401775_396066253830125_1085898454_o

Air Mata Presiden Mursi

Harga : RM18

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

 Sinopsis :

Presiden Muhammad Mursi yang baru saja digulingkan oleh rejim tentera Mesir merupakan satu-satunya Presiden dari kalangan awam yang dipilih secara demokrasi. Presiden Mursi juga merupakan Presiden satu-satunya di dunia yang hafal Al-Quran. Namun sayang,  kekuasaannya begitu cepat diragut  oleh kelompok liberal-sekular, penyokong kuat bekas Presiden Mubarak dan juga tentera yang dibantu oleh Amerika.

Nampaknya kalangan Islamphobia lebih seronok dipimpin oleh rejim tentera yang rosak dan menindas daripada dipimpin tokoh Islam. Buktinya penggulingan Presiden Muhammad Mursi yang baru terjadi dapat wujud kerana mereka saling membantu. Sayangnya, di kalangan Islam kesatuan sebegitu tidak muncul. Ada juga kalangan Islam yang menyokong penggulingan ini dengan berbagai alasan.

Buku ini cuba untuk membela keberadaan Presiden Mursi dari sisi syariah dan ilmiah. Tragedi kudeta tentera menjadi cacatan hitam sejarah yang menghalang gerakan politik Islam di Mesir. Namun kisah ini belum berakhir,kita tunggu saja pengakhirannya.

Selamat membaca !

══════════════════════════════════════════════════════

Morsi-the-president's-tear2

Morsi  : The President’s Tear

Harga : RM20

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

Synopsis :

Muhammad Morsi became the President of the Republic of Egypt through a free and fair democratic election on 30 June 2012. He was the first hafiz (someone who memorises Quran by heart) to be the Egyptian President. Verses from the Quran were the source from which he derives guidance, and with which he manages his affairs as as a leader. The commander of the Egyptian Armed Force, General Sidqi Subhi once came to intimidate him early in the morning and President Morsi calmly replied, “You are wasting my time when I am supposed to perform Tahajjud.”

***

Regrettably, the President’s power was illegitimately stripped of through a coup d’état led by General Abdul Fattah As-Sisi on 3 July 2013. With the illegal and brural power in hand, As-Sisi chose Adly Mansour, the head of the Supreme Constitutional Court as the interim President. Hazim Al Beblawi was made the prime minister, replacing Hesham Qandil.

══════════════════════════════════════════════════════

ISHI

Ikut Sunnah Hidup Indah (Koleksi Hadis & Do’a Mengenai Perkahwinan)

Penulis : Maznah Daud  & Dzaty Adlin Md Jalil

Harga : RM 5.00

Terbitan : Iman Publications

Status : Available

 Sinopsis :

Keluarga adalah tempat lahir dan membesarnya seorang manusia. Di situlah tempat seseorang mula mengenal erti kehidupan, menikmati kasih sayang, mempelajari nilai-nilai baik dan buruk, membiasakan diri dengan budaya murni dan tingkah laku terpuji. Keluarga juga merupakan batu asas kepada bangunan sesebuah masyarakat dan negara. Bangunan akan kukuh jika batu bata yang menjadi bahas asas kepada pembinaannya itu kukuh.

Menurut Islam. mendirikan keluarga adalah satu daripada tuntutan agama. Langkah pertama ke arah mendirikan keluarga ialah berkahwin. Islam menggalakkan umatnya yang berkemampuan supaya berkahwin. Ahli keluarga dan masyarakat digesa agar memudahkan laluan kepada mereka yang ingin berkahwin dengan memberi bantuan yang sewajarnya.

Buku ini merupakan karya yang kecil namun sangat ditunggu dan dinanti oleh masyarakat yang ingin kembali kepada sunnah dalam aspek perkahwinan. Buku ini sangat bermanfaat baik untuk pasangan yang bakal berkahwin mahupun ibu bapa yang ingin menikahkan anak-anak mereka.

Advertisements

2 thoughts on “Sinopsis Buku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s