Kami rekomen 3 buku ini untuk #HijrahRamadhan anda!

Ramadhan bukan satu magis.

Melangkah ke dalamnya, semua terus berubah jadi soleh solehah. Automatik iman bertambah, bacaan al-Qur’an meningkat 163%.

Bukan, Ramadhan bukan satu magis, bahkan ia perlu diusahakan. Bersungguh-sungguh.

Kerana itu kami rekomen 3 buku ini untuk menjadi teman anda sepanjang Ramadhan ini:

 

HIJRAH

Hijrah

Ini bukan kisah hijrah tipikal. Novel ini adalah satu peringatan keras, bahawa hijrah itu bukan sahaja daripada jahat ke baik – bahkan kita manusia sentiasa ditarik-tarik untuk ‘berhijrah’ daripada cahaya ke gelap pekat. Agar kita tidak berbalik ke hidup lama sebelum disinari cahaya barakah Ramadhan.
Penulis: Arif Zulkifli
Muka surat: 161
Harga: RM18
JADDID HAYATAK: PERBAHARUI HIDUPMU
Perbaharui Hidupmu Cover
Kita tahu Ramadhan ini sepatutnya melahirkan diri kita yang baru, tapi bukan sekali dua, Ramadhan berlalu dan kita masih di takuk lama. Jaddid Hayatak mengajak kita kembali kepada pembolehubah paling dominan dalam perubahan – DIRI KITA SENDIRI.
Penulis: Sheikh Muhammad al-Ghazali
Muka Surat: 319
Harga: RM30
AIR MATA CINTA PEMBERSIH DOSA
AMCPD Cover
Bercerminlah kepada para sahabat dan tabi’in, sehingga kita merasakan amal kita ini hanya sekuman berbanding apa yang telah mereka lakukan. Mereka yang terlalu serius untuk ke syurga, atau kita yang terlalu bermain-main?
Penulis: Ibn Jauzi
Muka surat: 216
Harga: RM25
Ah apalah ertinya hidup ini jika kita tidak saling membantu untuk meraih redha Allah, kan? Semoga Ramadhan ini jadi yang terbaik, dan kita tidak mengulangi kesilapan-kesilapan sewaktu Ramadhan-Ramadhan yang lalu.

Jika anda juga  ada buku kegemaran di bulan Ramadhan, kongsikan juga dengan kami ya!

Ketiga-tiga buku ini boleh didapati pada harga kombo tiga buku untuk RM60 termasuk kos pengangkutan.  Juga boleh didapati secara berasingan dengan diskaun 10% setiap satu.

Whatsapp +601113755497 atau klik SINI untuk pembelian sekarang!

Advertisements

[Buku Baru] Tales of Mothers: The Greatest Love

Alhamdulillah, we are pleased to announce our second English book – Tales of Mothers: The Greatest Love.

IMG-20151127-WA0014

There are a few things in life that cannot be achieved by women. One of them is being a perfect mother. And that is a bitter reality every mother has to swallow. But the moment a mother is present when her children need her the most, she has transformed into a perfect mother in the eyes of her sons and daughters. Tales of Mothers: The Greatest Love is a compilation of eight real-life stories about the ups and downs of motherhood.

The stories were compiled and edited by Raudah Yunus, a Malaysian writer who is also a medical doctor with the help of her husband, Md Mahmudul Hasan, who lectures at International Islamic University Malaysia.

One of the stories tells the struggles faced by Nusrat, a Bangladeshi woman who both of her sons were born with their own medical conditions: the eldest and the youngest ones were diagnosed with autism and laryngomalacia respectively. After Sunan, the eldest one was diagnosed, Nusrat and her husband decided to leave the comfort of their homes to seek a better life for Sunan. Her story tells us how, with courage and faith, she keeps striving to give her sons a life that filled with nothing, but happiness.

A mother of three, Zaahirah eventually made a life-changing decision. She would be a stay-at-home mother at least for a couple of years. Having qualified as a doctor and being previously known as ambitious and competitive, Zaahirah found the other side of life as a mother, which she never regrets. Here she tells her story of raising three kids in Britain and shares her understanding of early childhood education.

Along with the stories, Tales of Mothers also feature three articles written by experts, discussing the topic of parenting, working mothers and special children. The book was also reviewed by two individuals: a well-known British-Pakistani novelist and scriptwriter, Qaisra Shahraz, who is the author of a book titled The Holy Woman and Adlil Rajiah, a Malaysian parenting blogger.

Rest assured that these eight mothers’ journeys of love, hope and fear will inspire other mothers and will give new insight to curious readers.

 

Title: Tales of Mothers: the Greatest Love

Editor: Raudah Yunus and MD Mahmudul Hasan

Authors: Multiple authors

Pages: 196 pages

Price: RM25

Get your copy from http://bit.ly/talesofmothers

FAQ Esc. oleh Budak Tomato

 

tomato

Assalamualaikum wbt,

Sempena pertanyaan berlori-lori berkenaan buku yang bakal terbit, Esc. oleh Budak Tomato, kami siapkan artikel Frequently Asked Questions (FAQ) untuk buku ini.

Enjoy!

 

1. Esc. ni pasal apa?

Secara ringkasnya, Esc. adalah kumpulan artikel dan cerpen tulisan Budak Tomato pelbagai tema – kehidupan, ukhuwah, pengorbanan, dan kasih sayang. Banyak juga tulisan yang tiada tema.

Kami masukkan juga beberapa quotes Budak Tomato yang dillustrasikan oleh pelukis berbakat Muhammad Syaamil Nor Lani. (https://twitter.com/SyaamilLim)

 

2. Buku color merah sebab kau Tomato ke?

Lebih kurang.

 

3. Macam mana nak tandatangan Mato untuk buku ni? Ada buat meet-up ke nanti?

Berita gembira bagi bakal pembaca buku Esc., setiap buku ADA tandatangan Budak Tomato 😉 Tapi kalau nak yang lebih personalized nanti kami sembang dengan Mato camne insyaAllah.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, tiada perancangan untuk sesi meet-up dengan penulis.

 

4. Siapa design cover? Lawa gila.

Alhamdulillah, terima kasih terima kasih. Cover buku Esc, dihasilkan oleh graphic designer kami, Ahmad Ubaidah Azmi.

 

5. Berapa page Esc. tu?

Buku Esc. mempunyai dalam 190 muka surat.

 

6. Bila buku Esc. akan mula ada di pasaran?

Buku Esc. akan mula berada di pasaran pada awal Ogos, insyaAllah. Syarikat printing cuti raya (kami pun).

 

7. Macam mana nak order?

Nah http://bit.ly/esc_budaktomato

 

8. Berapa harga?

RM25

 

9. Cuma jual online atau akan ada di kedai-kedai buku juga?

InsyaAllah akan ada di Imanshoppe, Kinokuniya, MPH dan Popular seluruh negara dan kedai-kedai buku lain, cuma mungkin ambil masa sedikit untuk sampai ke kedai-kedai buku tersebut.

 

10. Macam mana nak jadi ejen?

Boleh baca terma ejen di sini http://bit.ly/FAQejenIman kemudian isi borangnya ya. Nanti kami follow up insyaAllah.

 

 

Moga dapat merungkai kekeliruan dan melenakan tidur anda malam nanti!

Lagenda Budak Usrah

LBU-cover3FRONT

Buku terbaru Muharikah ini adalah himpunan tulisan beliau sejak tahun 2007, suka duka pahit manis di sepanjang jalan dakwah dan tarbiah ini. Anda yang turut bergelumang dalam jalan ini – baik baru mahupun lama – pasti ada berkongsi rasa yang sama. Rasa yang sama, juga tujuan yang sama, moga kita bertemu di pengakhiran yang sama – Jannah 🙂

Budak usrah bukanlah orang yang berburuk sangka dan suka judge orang lain. Budak usrah adalah orang yang akan selalu melihat orang lain penuh optimis dan penuh harapan. Dia tidak melihat orang lain yang berbeza dan kurang tarbiah sebagai orang yang lebih rendah daripada dirinya.

Dia akan berusaha menarik semua orang di sekelilingnya ke syurga. Dia tidak mendabik dada, walaupun cara dan tindakannya lebih benar daripada orang lain. Budak usrah bukanlah juga orang yang bercakap kasar dan melemparkan kata-kata mengguris hati atas nama dakwah. Budak dakwah tidak takbur dengan kumpulan dan grup usrahnya. Paling penting, tidak memandang rendah pada orang lain.

Penulis: Muharikah

Muka surat: 178

Harga senaskhah: RM25

Dapatkan di http://bit.ly/budakusrah

Komik Muharikah

Muharikah The Comics cover-01

 

Komik Muharikah ini adalah projek kolaborasi pertama kami dengan tim berbakat, Comichat. Berinspirasikan dari kisah hidup sebenar, bukan figur Muharikah yang ingin digembar-gemburkan biar jadi pujaan tetapi betapa pengasihnya Allah yang terus menerus memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk kembali kepada Islam yang sebenar, dan pemurahnya Dia menghadiahkan peluang untuk kita menjadi khalifah yang menyumbang kepada sekalian ummah. Kami sisipkan juga artikel pada setiap episod dalam komik ini (6 artikel semuanya) buat berkongsi ibrah di sepanjang perjalanan.

“Apabila kita tahu dan faham tujuan hidup kita, tidak akan wujud rasa risau, resah, sedih atau seperti hilang arah. Malah, kita akan rasa hidup ini sangat bermakna dan penuh dengan cahaya harapan. Maka, pilihlah tujuan hidup yang benar, agar perjalanan hidup kita memberikan kesan luar biasa dan impak menggunung tinggi, bukan untuk diri kita sahaja, tetapi juga orang-orang sekeliling kita.”

Muharikah

 

Penulis: Muharikah

Ilustrator: King Shu

Muka surat: 100

Harga senaskhah: RM9.90

Buku Baru: Air Mata Cinta Pembersih Dosa

mockup AMCPD

 

Buat apa mengejar harta dan kuasa bila segalanya bakal kita tinggalkan? Di liang nanti kau bakal bersendirian, tiada para insan tersayang yang bakal menemanimu, maka mengapa harus memberi perhatian berlebihan? Sampai bila engkau tak punya hubungan mesra dengan Allah? Sampai bila engkau terlena oleh kelapangan dan lalai akan serangan ajal? Buku ini mengingatkan kita betapa sementara hidup di dunia. Padahal, kesementaraan ini menentukan jawapan kepada perjalanan hidup kita; redha Allah atau murka-Nya.

Nukilan ulama klasik ternama ini menyapa setiap hamba yang berniat meninggalkan maksiat dan dosa. Ia mengajak siapa saja yang merasa punya catatan amal penuh noda untuk membersihkannya
dengan air mata. Banyak kisah tentang para sahabat Nabi, para wali berserta ayat, hadis dan syair disajikan agar kesedaran untuk bertaubat kian menebal dalam diri. Kisah-kisah itu menceritakan pelbagai pengalaman, kesedaran dan keinsafan yang boleh kita teladani atau pelajari dalam menjadi hamba yang bertaubat.
Bertaubat adalah jalan tercepat mendekati Allah. Dan, uniknya, pertaubatan yang hendak disampaikan Ibnu al-Jawzi kepada Anda bukan semata-mata pertaubatan setelah mengumpulkan dosa, tetapi sebentuk pembiasaan diri meraih pengampunan dengan melakukan pelbagai amalan di tengah keheningan malam.

 

Penulis: Ibnu al-Jawzi

Harga senaskhah: RM25

Muka surat: 216

Dapatkan di http://bit.ly/PembersihDosa

Jaddid Hayatak – Perbaharui Hidupmu

JH mockup small2

Ramai orang yang ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya, tetapi menantikan saat atau keadaan tertentu untuk membuat perubahan tersebut. “Perfect timing,” kata orang.

“Itu hanya ilusi!” kata Sheikh Muhammad al-Ghazali, penulis buku ini. Perubahan hidup tidak seharusnya disandarkan pada faktor luaran, kerana perubahan itu datangnya dari diri sendiri.

Dale Carnegie telah menggemparkan dunia Barat dengan How to Stop Worrying and Start Living, buku yang  diterbitkan pada 1948, namun masih kekal ‘best seller’ sehingga hari ini. Kata al-Ghazali, “Saya telah membaca buku How to Stop Worrying and Start Living karya Dale Carnegie. Usai membacanya, saya bertekad mengembalikannya kepada prinsip-prinsipnya yang Islami.” Nah, Jaddid Hayatak inilah hasilnya. Buku ini menjadi fenomena di Timur Tengah, dan kami bawakan fenomena ini ke sini pula!

Perubahan itu bermula dari dalam diri – dari fikiran dan cara pandang, dan sejauhmana kita menggali segala potensi yang dikurniakan Tuhan. Hikmah-hikmah berharga dari buku Dale Carnegie itu diulas dengan baik oleh Sheikh Muhammad al-Ghazali, dengan dikembalikan segala prinsip itu kepada sumbernya yang sebenar – Islam itu sendiri.

Ayuh kita perbaharui hidup kita, hari ini!

Harga senaskhah: RM30

Penulis: Sheikh Muhammad al-Ghazali

Muka surat: 328

Preorder sekarang di http://bit.ly/jaddidhayatak