Kami rekomen 3 buku ini untuk #HijrahRamadhan anda!

Ramadhan bukan satu magis.

Melangkah ke dalamnya, semua terus berubah jadi soleh solehah. Automatik iman bertambah, bacaan al-Qur’an meningkat 163%.

Bukan, Ramadhan bukan satu magis, bahkan ia perlu diusahakan. Bersungguh-sungguh.

Kerana itu kami rekomen 3 buku ini untuk menjadi teman anda sepanjang Ramadhan ini:

 

HIJRAH

Hijrah

Ini bukan kisah hijrah tipikal. Novel ini adalah satu peringatan keras, bahawa hijrah itu bukan sahaja daripada jahat ke baik – bahkan kita manusia sentiasa ditarik-tarik untuk ‘berhijrah’ daripada cahaya ke gelap pekat. Agar kita tidak berbalik ke hidup lama sebelum disinari cahaya barakah Ramadhan.
Penulis: Arif Zulkifli
Muka surat: 161
Harga: RM18
JADDID HAYATAK: PERBAHARUI HIDUPMU
Perbaharui Hidupmu Cover
Kita tahu Ramadhan ini sepatutnya melahirkan diri kita yang baru, tapi bukan sekali dua, Ramadhan berlalu dan kita masih di takuk lama. Jaddid Hayatak mengajak kita kembali kepada pembolehubah paling dominan dalam perubahan – DIRI KITA SENDIRI.
Penulis: Sheikh Muhammad al-Ghazali
Muka Surat: 319
Harga: RM30
AIR MATA CINTA PEMBERSIH DOSA
AMCPD Cover
Bercerminlah kepada para sahabat dan tabi’in, sehingga kita merasakan amal kita ini hanya sekuman berbanding apa yang telah mereka lakukan. Mereka yang terlalu serius untuk ke syurga, atau kita yang terlalu bermain-main?
Penulis: Ibn Jauzi
Muka surat: 216
Harga: RM25
Ah apalah ertinya hidup ini jika kita tidak saling membantu untuk meraih redha Allah, kan? Semoga Ramadhan ini jadi yang terbaik, dan kita tidak mengulangi kesilapan-kesilapan sewaktu Ramadhan-Ramadhan yang lalu.

Jika anda juga  ada buku kegemaran di bulan Ramadhan, kongsikan juga dengan kami ya!

Ketiga-tiga buku ini boleh didapati pada harga kombo tiga buku untuk RM60 termasuk kos pengangkutan.  Juga boleh didapati secara berasingan dengan diskaun 10% setiap satu.

Whatsapp +601113755497 atau klik SINI untuk pembelian sekarang!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s